COMBI KUALA KEDAH

Mesyuarat agung Pasukan Combi Kuala Kedah 2018 berlangsung pada 30 Julai 2018 di Dewan Kampung Tengah, Kuala Kedah. Combi adalah singkatan ‘Communication for Behavioural Impact’, satu program sukarelawan masyarakat untuk pencegahan denggi anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Pasukan Combi Kuala Kedah telah ditubuhkan hasil inisiatif saya pada 2009 meliputi 4 kampung iaitu Kg Tengah, Kg Tok Pasai, Kg Balai dan Kg Kompleks. Tahun depan Pasukan Combi ini akan genap 10 tahun. 

Saya diminta oleh mesyuarat untuk kekal berkhidmat sebagai penasihat. En Suhaimi Jusoh juga kekal dipilih sebagai Pengerusi Combi Kuala Kedah, dan beliau juga merupakan Pengerusi Combi Daerah Kota Setar. Beberapa perkara dibincangkan, antaranya tentang program sambutan Combi 10 tahun dan wabak denggi yang sedang berlaku di Kampung Cina, Kuala Kedah. 






Comments