GPMS TETAP DI HATI

Penglibatan saya dalam pertubuhan belia bermula pada 2003 apabila saya menyertai sukarelawan Rakan Muda ketika itu dan seterusnya mengasaskan penubuhan Persatuan Belia Wawasan Muda Kuala Kedah (WADAH). Selepas penggubalan Akta Pertubuhan Belia 2007, saya menyertai GPMS Kuala Kedah sebagai Timbalan YDP dan menjadi YDP pada 2009. Di peringkat GPMS Negeri Kedah pula, saya pernah menjawat Penolong Setiausaha dan seterusnya Naib Pengerusi Negeri pada 2011. 

Kemuncak penglibatan saya dalam pertubuhan belia adalah ketika menerima Anugerah Tokoh Belia Negeri Kedah 2016 dan tercalon sebagai finalis Anugerah Perdana Belia Negara 2016. Walau bagaimanapun, kejayaan sebenar bagi saya adalah apabila setiap program yang diatur berjaya dilaksanakan dan masyarakat menerima manfaatnya. 

Pada 29 Julai 2018 adalah tarikh terakhir penglibatan saya sebagai pemimpin belia tempatan apabila saya telah menyerahkan tampuk kepimpinan YDP yang saya pegang selama 9 tahun kepada kepimpinan baharu dalam mesyuarat agung GPMS Kuala Kedah. Banyak yang saya belajar sepanjang 15 tahun penglibatan dalam gerakan belia ini yang cukup mematangkan saya. Tiada jalan pintas untuk melalui semua pengajaran dan pengalaman ini. Terima kasih GPMS atas segala peluang pembelajaran di sekolah kepimpinan belia yang terbaik. 
Belajar terus belajar.



Bersama kepimpinan baharu GPMS Kuala Kedah 2018-2021

Sinar Harian 27 Julai 2012

Sinar Harian 17 Mac 2012

Comments