LAWATAN RELA KE JABATAN PSIKIATRI

Pada 1 Ogos 2018, telah berlangsung lawatan Pegawai Rela dan Ahli Rela Kehormat/Bersekutu Negeri Kedah ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah. Rombongan diketuai oleh Penolong Pengarah Rela Negeri Kedah dan Pegawai Rela Daerah Kota Setar. Dr Omar bin Ali selaku Ketua Jabatan Psikiatri memberi taklimat berkenaan perkhidmatan psikiatri yang disediakan dan sedikit pengisian tentang penyakit mental. Seterusnya, para pelawat dibawa melihat sendiri wad psikiatri dan berbual dengan pesakit yang ada. 

Program ini diselaraskan oleh saya, yang memakai ‘dua baju’ iaitu sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri dan Ahli Rela Kehormat. Dalam ucapan, saya mencadangkan penglibatan anggota Rela dalam latihan ‘psychological first aid’ sebagai satu nilai tambah bagi pihak Rela dalam pengurusan bencana. Ketika sesi dialog, pihak Rela juga memohon diadakan kursus kesihatan mental untuk para pegawai mereka kerana tanggungjawab terhadap lebih 100 ribu anggota Rela seluruh negeri Kedah sedikit sebanyak ada memberi tekanan kepada para pegawai. Semoga program lawatan ini memberi manfaat kepada semua pihak demi peranan besar masing-masing kepada masyarakat.











Comments