MAKAN MALAM MCPF

Pada 10 Ogos 2018, telah diadakan makan malam bersama YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Exco-exco MCPF Kebangsaan dan MCPF Negeri Kedah. Perbincangan diadakan bagi mencari idea baharu untuk menggerakkan cawangan-cawangan MCPF di setiap daerah di Negeri Kedah. 

Satu penghormatan bagi saya apabila berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan dengan YBhg Tan Sri kerana beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sangat saya kagumi. Gerak kerja beliau menjadi suri teladan (role model) kepada saya dalam khidmat kemasyarakatan.






Comments