TOWNHALL ENGAGEMENT MCPF KEDAH

Pada 11 Ogos 2018, Program Townhall Engagement Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah bertajuk Toleransi Sifar Terhadap Dadah telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan MCPF di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Antara pengisian program adalah ceramah teknik pencegahan jenayah dan forum yang dibarisi ahli panelnya Timbalan Ketua Polis Kedah, Pengarah AADK Kedah, Exco MCPF dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 

Sebenarnya kita mempunyai 4 benteng utama bagi mencegah penglibatan anak muda kita dengan dadah. Pertama, benteng keluarga, keduanya benteng sekolah, ketiga benteng komuniti dan akhir sekali baharulah benteng undang-undang. Kita terlalu mengharapkan benteng undang-undang sehingga kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagai orang dewasa melalui 3 benteng yang pertama.
 
                                                   










Comments