HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2018

Sesi rakaman video pendek sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital telah diadakan pada 9 Oktober 2018. Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun dan tema pada tahun ini adalah ‘Young People and Mental Health In A Changing World’. 

Menurut kajian WHO, separuh daripada masalah mental remaja bermula dari umur 14 tahun dan kebanyakannya tidak dikesan dan dirawat. Bunuh diri adalah penyebab kedua kematian bagi yang berumur 15-29 tahun. Penyalahgunaan dadah dan alkohol di kalangan belia juga menjadi masalah utama yang membimbangkan di kebanyakan negara dan tidak terkecuali juga negara kita.

Usaha untuk mengenalpasti masalah mental ini pada peringkat awal harus dititikberatkan. Ini amat penting bagi rawatan awal dan membina ketahanan mental terutamanya dalam menghadapi cabaran tekanan media sosial, bencana alam dan gaya hidup berisiko tinggi. 

Program pencegahan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kesihatan mental harus dipergiatkan. Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha ini bagi melindungi generasi muda kita. Golongan muda harus sentiasa didekati dan kita harus senang berdiskusi dengan mereka. 

JOM BINCANG!

                                        







Comments