MAJLIS BERSAMA WANITA UMNO KUALA KEDAH

Majlis bersama Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah telah dilangsungkan pada 26 Oktober 2018. Dato’ Hashim bin Jahaya, Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah memberi penerangan berkenaan isu-isu politik semasa kepada ketua-ketua wanita cawangan dan ahli-ahli wanita akar umbi. Ternyata sokongan ahli-ahli wanita Umno cawangan kepada parti masih tetap padu dan utuh. Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Wanita Bahagian di atas inisiatif penganjuran program ini.

                                         








Comments