MAJLIS PUNCAK KECEMERLANGAN SK SERI PANTAI 2018

Majlis Puncak Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Pantai Kuala Kedah 2018 berlangsung pada 11 Oktober 2018. Saya dijemput hadir bersama bagi meraikan kejayaan anak-anak Kuala Kedah dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. 

Dalam ucapan perasmian, saya menekankan betapa pentingnya sifat ‘grit’ iaitu nilai kecekalan dipupuk di dalam diri para pelajar dalam mengejar kecemerlangan dalam apa juga bidang. Alhamdulilah, saya berpeluang menatap wajah-wajah masa hadapan Kuala Kedah yang cemerlang. Saya juga sempat melawat bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah ini. Tahniah kepada semua guru dan pelajar di atas segala pencapaian.

                                          
















Comments