PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018 - UMNO BANGKIT

Bermula tahun 1997, setiap kali saya menghadiri Perhimpunan Agung Umno sebagai perwakilan kelab Umno, sering kali diingatkan tentang senario kemungkinan Umno boleh kehilangan kuasa sebagai kerajaan. Saya tidak menyangka ia berlaku dalam tempoh hayat kehidupan saya. Dan tentunya juga, perwakilan pada tahun 1997 tidak akan terfikir Presiden dan Timbalan Presiden Umno ketika itulah yang memainkan peranan besar menumbangkan Umno selepas jangkamasa 21 tahun. Ketua Pergerakan Pemuda ketika itu pula, sekarang adalah Presiden Umno yang perlu menggalas tanggungjawab berat untuk mencetus rehabilitasi dan gelora kebangkitan semula Umno. 

Inilah hakikat yang harus diterima oleh sebuah parti politik dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Apapun yang telah berlaku, perjuangan harus diteruskan. Walaupun suasana perhimpunan tahun ini berbeza, tetapi semangat dan jiwa perjuangan masih jitu. Insha Allah, Umno akan bangkit melalui pembaharuan gerak kerja politiknya melalui halatuju yang telah ditunjukkan oleh Presiden parti.








Comments