PERJUMPAAN SETIA KAWAN TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN

Perjumpaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hassan, Timbalan Presiden Umno dan YB Dato’ Seri Najib bin Tun Razak, mantan Presiden Umno bersama Timbalan-timbalan Ketua Umno Bahagian (TKUB) seluruh Malaysia telah berlangsung pada malam 30 September 2018 iaitu sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Umno 2018 . 

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Najib meminta semua TKUB terus membuat bising mendedahkan segala kepincangan kerajaan hari ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Umno yang masih setia bersama parti dan sangat terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini. Terubat juga rindu kami untuk mendengar kata-kata daripada Dato' Seri Najib. 

YB Timbalan Presiden Umno pula mengajak semua TKUB untuk  meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan masing-masing kerana beliau yakin dan percaya ini adalah kaedah yang akan membolehkan Umno untuk bangkit semula.

                                      










Comments