PROGRAM CAKNA REMAJA SMK SERI PANTAI

Program Cakna Remaja SMK Seri Pantai anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2018. Program ini adalah inisiatif Family and Community Empowerment (FACE) Kuala Kedah di bawah domain kesihatan keluarga yang diselaraskan oleh saya. Program ini melibatkan 50 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 sekolah ini. 

Modul hari pertama meliputi tajuk seksualiti remaja yang merangkumi topik nilai & tanggungjawab seksual, tingkah laku risiko kehamilan, abstinen, pembuangan bayi dan pengguguran yang telah dikelolakan oleh kaunselor dan fasilitator bertauliah dari LPPKN Kedah. Manakala topik penyakit HIV/AIDS dan penyakit jangkitan kelamin disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kuala Kedah. 

                                          









Modul hari kedua meliputi ceramah kesihatan mental remaja oleh Dr Yusni Yusuff, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Sultanah Bahiyah, topik penyalahgunaan dadah oleh AADK Kota Setar dan topik remaja dan teknologi maklumat serta topik keganasan dan buli kelolaan LPPKN. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program pemerkasaan remaja ini. Semoga ceramah dan aktiviti LDK yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada para peserta. Modul dan konsep program ini akan diterapkan untuk program-program akan datang yang melibatkan remaja.











Comments