RAKAMAN VIDEO #PEDULISERIPAN

Rakaman video saya sebagai ikon anti dadah untuk inisiatif #peduliseripan SMK Seri Pantai telah dijalankan baru-baru ini. Inisiatif ini adalah satu inovasi pihak sekolah yang menggunakan aplikasi telefon pintar bagi para guru melapor masalah disiplin pelajar. Isu disiplin ini kemudiannya akan ditangani oleh Penolong Kanan dan guru kaunselor dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius. Kaedah ini sangat menepati teori ‘broken window’ dalam bidang pencegahan jenayah. 

Pihak sekolah akan bertanding mewakili Negeri Kedah dalam Simposium Hal Ehwal Murid (SHEM) Peringkat Kebangsaan untuk kategori Amalan Terbaik Perkhidmatan Disiplin Sekolah Menengah di Kuala Terengganu nanti. Selamat berjaya.


Comments