DEEPAVALI 2018

Pada 6 November 2018, saya berkesempatan beraya Deepavali di rumah En. Sinappan, Ketua Bahagian MIC Kuala Kedah. Anak lelaki beliau juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Kedah. Banyak isu yang kami bincangkan terutamanya yang melibatkan kaum India pasca PRU 14. Beliau menyatakan masyarakat India telah kehilangan suara dalam kerajaan pada hari ini. Ini kerana tiada parti khusus yang mewakili masyarakat India yang boleh membela nasib kaum India dalam gabungan parti kerajaan seperti MIC sebelum ini. 

Bajet 2019 telah membuktikan kaum India telah diketepikan berbanding banyak manfaat yang telah diterima daripada kerajaan BN dahulu. Kata beliau, ramai golongan muda dari kaum India telah memberitahu beliau bahawa mereka telah tersilap pangkah ketika PRU lepas kerana terlalu teruja untuk menukar kerajaan. Kami juga berbincang bagaimana kerjasama antara Umno dan MIC dapat diperkuatkan di Parlimen Kuala Kedah bagi menarik sokongan orang muda.




Comments