PROJEK KERJASAMA KEDAH LIONS CLUB

Mesyuarat Jawatankuasa Diabetes Malaysia Negeri Kedah bersama Kedah Lions Club pada 3 November 2018 diadakan di Pusat Sumber Diabetes, Hospital Sultanah Bahiyah untuk kerjasama pelaksanaan Program Saringan dan Kesedaran Diabetes seluruh Negeri Kedah pada tahun hadapan. Usahasama ini diadakan untuk penyediaan kertas kerja bagi permohonan Diabetes Grant daripada Lions Club International Foundation. Semoga semuanya berjalan lancar demi kesihatan rakyat Kedah.
                                        







Comments