SANTAI BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI KUALA KEDAH

Perjumpaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden Umno bersama kepimpinan Umno Bahagian Kuala Kedah dan Umno Negeri Kedah telah diadakan pada 2 November 2018 bertempat di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Terima kasih YB Dato’ Seri kerana sudi singgah di Kuala Kedah dan bertemu dengan kami. Nasihat beliau, mulut biar manis dan hati biar baik, itulah formula terbaik untuk memenangi kembali hati rakyat. Ternyata apa yang beliau ungkapkan sememang itulah yang beliau praktikkan. Keramahan dan sifat rendah diri beliau harus sentiasa diteladani.











Comments