ZUMBA PERDANA 2018

Program Zumba Perdana sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2018, anjuran Diabetes Malaysia Negeri Kedah dengan kerjasama Kedah Lions Club telah diadakan pada 24 November 2018 di Pasaraya Aeon Big, Alor Setar. Selain aktiviti zumba, pemeriksaan saringan diabetes, cabutan bertuah dan pendaftaran keahlian baharu turut diadakan. 

Saya sebagai pengarah program dan Timbalan Pengerusi Diabetes Malaysia Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Dengan penyertaan program zumba yang menggalakkan iaitu melebihi 200 orang, program sebegini wajar diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

                                      

































                                       


Comments