DETIK-DETIK BERMAKNA 2018

Tahun 2018 akan berakhir dengan seribu satu kisah kehidupan yang sedih, suka dan ada yang  menarik. Seperti tahun-tahun sebelumnya, program-program saya banyak tertumpu kepada program-program kesihatan, kebajikan dan pencegahan dadah. Tahun 2018 juga adalah tahun terakhir saya bersama kepimpinan belia dan tampuk GPMS Kuala Kedah telah saya serahkan kepada golongan muda. Untuk pencegahan dadah pula, sekali lagi saya menerima Anugerah Sukarelawan Prihatin Kebangsaan daripada Ketua Pengarah AADK atas peranan yang dimainkan sebagai ikon AADK Kota Setar. Ini memandangkan tahun ini, saya bersama AADK dan JKM banyak menumpukan usaha menyelamatkan anak-anak penagih dadah yang terbiar dan tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Tahun 2018 adalah tahun PRU14 berlangsung yang mana UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan kuasa di peringkat persekutuan, pertama kali semenjak Merdeka. Walaupun saya tidak tercalon untuk bertanding pada PRU ini, tetapi saya tetap turut bersama berkempen membantu calon-calon BN bagi Parlimen Kuala Kedah. Tetapi apakan daya, BN bukan sahaja kalah peringkat pusat dan negeri malah di keempat-empat kerusi di Kuala Kedah. Kesan daripada kekalahan ini menyebabkan banyak program-program saya yang telah rancang tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, saya bersyukur apabila setengahnya berjaya dilaksanakan walaupun berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran.

Pemilihan UMNO 2018 menyaksikan saya terpilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah bagi sesi 2018-2021. Ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya bagi memulakan gerak kerja agar UMNO mampu pulih dan bangkit semula. Peranan sebagai Pegawai RELA Kehormat yang ditauliahkan kepada saya pada tahun ini akan saya giatkan lagi pada tahun hadapan bersama NGO-NGO lain seperti Diabetes Malaysia Negeri Kedah, Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Walau apapun yang telah berlaku, khidmat kepada masyarakat tetap akan saya teruskan melalui apa sahaja platform yang ada.

'Kehidupan adalah satu perjalanan yang bukan hanya semata-mata untuk sampai ke satu destinasi. Ia adalah satu perjalanan yang berterusan selagi nyawa dikandung badan. Walau apapun berlaku, hidup tetap perlu diteruskan.'

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Berikut adalah rumusan bergambar program-program saya sepanjang tahun 2018 :

Di Expo Muafakat Kedah 2018 bersama Pejabat Daerah dan AADK Kota Setar

Ziarah Barakah Kg Tengah

Operasi selamatkan anak-anak penagih bersama AADK dan JKM di rumah terbiar, belakang AMAN Central

Bag2School Parlimen Arau anjuran  Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia

Selepas ceramah dadah dan ketum di SK Darulaman

Temusihat Taman Pelangi

Sukaneka Kebun Pinang bersama Dato Helwi, Pegawai Daerah Kota Setar, program terakhir beliau sebelum bersara

Ceramah pencegahan dadah di Program Imam Muda Kedah

Selamatkan 7 beradik anak yatim yang terlibat dadah di Pokok Sena

Hari Sukan SMK Seri Pantai

Temusihat Flat Seberang Perak Tongkang Yard

Temusihat Kg Jawa

Hari Sukan SK Seri Pantai

Ceramah motivasi keibubapaan SK Seri Pantai

RELA Kota Setar bersama MB Kedah

Temusihat Kg Lemping

Lawatan Hospital Thayarak Songkhla ke Jabatan Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah

Selesai proses perobohan kompleks perikanan di Kg Kompleks

Ceramah pencegahan dadah kepada penduduk Kg Keda Pokok Sena di Pulau Langkawi

Mesyuarat Agung Diabetes Malaysia Daerah Kubang pasu

Temusihat Kg Keloncor

Taklimat kepada Datuk Bandar Alor Setar oleh LPPKN berkenaan Program FACE

Ziarah Kasih RELA

Sambutan Hari Wanita Sedunia RELA Daerah Kota Setar

Pemakaian pangkat sebagai Pegawai RELA Bersekutu/Kehormat

Jalan Kampung Kompleks diturap selepas 30 tahun, hasil usaha JKKK KG Kompleks

Temusihat Peremba

Mesyuarat Lembaga Pelawat Hospital bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Ziarah Kasih RELA

Ceramah Dadah dan Gejala Sosial di Simposium One Stop Crisis Centre
 

Mesyuarat Agung Tahunan Diabetes Malaysia Negeri Kedah

Sukaneka Kg Kompleks

Ceramah diabetes bersama Perkumpulan Wanita Kubang Pasu

Perasmian Pusat Dialisis Al-Hayat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato Othman Aziz

Hari Autism Sedunia

Lawatan PDM Kubang Jambu

Ceramah dadah Program SHIELDS AADK di Penjara Pokok Sena

Lawatan PDM Gunong

Ceramah dadah kepada guru-guru kaunselor Kota Setar

Smoke Run 2018 anjuran UUM

Ceramah politik di PDM Permatang Ibus

Ceramah diabetes di Program Angkasa

Ceramah dadah di Kg Keda, Pokokm Sena

Menerima Anugerah Sukarelawan Prihatin Peringkat Kebangsaan daripada Ketua Pengarah AADK

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kg Kompleks

Ziarah OKP bersama AADK Kota Setar

Santai bersama OKP di Program Sejernih Kasih Ramadan

Sumbangan Ramadan Ibu Tunggal

Ziarah Ramadan Kg Kompleks

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1439H anjuran PEAKS di TH Hotel

Ucapan pertama sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah

Bersama TKB-TKB Kedah di Majlis Bersama Presiden UMNO

Ziarah Dato' Seri Najib Tun Razak di kediaman beliau

Jamuan raya Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah

Ziarah pesakit muda strok di Taman Bersatu

Alor Setar Half Marathon 2018 melibatkan 2 ribu peserta

Kunjungan hormat PEAKS ke atas Pengarah MARA Kedah

Bersama kepimpinan baharu GPMS Kuala Kedah

Lawatan RELA Negeri Kedah ke Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah

Bersama Tan Sri Lee Lam Thye

Ceramah diabetes Program Pengurusan Berat Badan

Bersama Tan Sri Lee Lam Thye di Makan Malam MCPF di Hotel Grand Alora

Kelab Ketuanan Melayu Parlimen Kuala Kedah

Program Semarak Rakyat bersama Dato' Seri Jamil Khir

Perjumpaan Wanita Zon Anak Bukit

Bubur Ayura Wanita UMNO  Bahagian Kuala Kedah

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah

Perhimpunan Agung UMNO 2018

Perjumpaan TKB bersama Timbalan Presiden UMNO

Hari Anugerah SK Seri Pantai

Program Cakna Remaja SMK Seri Pantai, Kuala Kedah

Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Wanita Cawangan

Majlis Pentaulihan Pangkat RELA Daerah Kota Setar

Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018

Majlis Presiden UMNO bersama UMNO Kedah

Santai bersama Timbalan Presiden UMNO di Kuala Kedah

Zumba Perdana sempena Hari Diabetes Sedunia 2018

Himpunan Daulat 812 Bantah ICERD di Dataran Merdeka

Ziarah Kasih RELA

Ziarah pusara Allahyarham Muhammad Adib di Tebengau

Perbincangan bersama Kedah Lions Club untuk permohonan Diabetes Grant daripada Lions Club Internationa Foundation, Chicago

Reunion Galway graduates

Program Ceramah Bantah ICERD bersama PAS Kawasan Kuala Kedah di Sungai Baru Gunong



Comments