GERAN DIABETES YAYASAN LIONS CLUB

Perbincangan terakhir antara Diabetes Malaysia Negeri Kedah bersama Kedah Lions Club telah diadakan pada 18 Disember 2018 di Diabetes Resource Centre, Hospital Sultanah Bahiyah. Perbincangan ini adalah bagi menyediakan kertas kerja permohonan kepada Lions Club Foundation di Chicago bagi mendapatkan geran peruntukan diabetes. Geran yang bernilai USD10 ribu ini akan kami gunakan untuk program saringan dan kesedaran diabetes yang bakal melibatkan semua 11 daerah dalam Negeri Kedah pada tahun 2019. Doakan kejayaan kami.




Comments