LEMBARAN BAHARU UMNO-PAS KUALA KEDAH

Detik bersejarah terpahat pada 28 Disember 2018 apabila buat kali pertama Umno Bahagian Kuala Kedah berganding bahu dengan PAS Kawasan Kuala Kedah untuk berada sepentas sempena program ceramah bantah ICERD di Sungai Baru Gunong. Program ini telah dihadiri oleh YBhg Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, YBhg Dato’ Hashim Jahaya, Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah dan YBhg Ustaz Omar Saad, YDP Pas Kawasan Kuala Kedah serta YB Ustaz Hanif Ghazali, ADUN Tanjung Dawai. 

Semoga jalinan ukhwah ini dapat diteruskan dan diterjemah menjadi kerjasama politik dalam menuju PRU15 demi penyatuan ummah dan kesepakatan bangsa. Ini bukan sekadar isu politik kepartian semata-mata tetapi isu perjuangan dan matlamat yang sama demi memartabatkan Islam dan Melayu. Ternyata ini adalah hikmah penyatuan ummah di sebalik kecelaruan politik masa kini.

                                     













Comments