REUNION SAHABAT LAMA

Sempena cuti sekolah dan cuti Hari Natal, satu reunion bersama sahabat-sahabat seperjuangan ketika sama-sama menuntut di universiti di Galway, Ireland dahulu telah diadakan di Shah Alam. Ada yang sudah lebih 10 tahun tidak bersua muka. Kami ini ibarat satu keluarga yang besar sepanjang 6 tahun menempuh susah senang menjalani kehidupan sebagai pelajar perubatan yang sangat mencabar di sana yang jauh daripada sanak-saudara. Semoga persahabatan lebih 22 tahun ini berkekalan.


Comments