ZIARAH REMAJA KEMALANGAN


Ziarah seorang remaja, Nurul Aain binti Mazlan yang berumur 17 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan pada 6 Disember 2018 lalu. Motosikal beliau telah dilanggar dengan hentaman yang kuat oleh seorang penunggang motosikal lain yang disyaki seorang penagih dadah. Akibat pelanggaran ini, beliau telah patah tulang paha kiri (open fracture mid shaft left femur Gustilo 3B) dan kecederaan otot paha (degloving wound distal thigh with quadriceps tear). Menurut ibu beliau, cebisan tulang beliau berukuran 8cm ditemui di atas jalan raya di tempat kejadian berlaku. 

Nurul Aain akan menjalani beberapa pembedahan yang memerlukan implan yang berharga RM9000 (lower limb reconstructive surgery). Bapanya seorang pemandu lori dan baharu discaj dari hospital untuk rawatan jangkitan paru-paru bernanah (lung abscess). Ibunya adalah seorang anggota RELA. Saya bersama Puan Pegawai RELA Daerah dan beberapa anggota RELA Daerah Kota Setar menziarahi Nurul Aain di Hospital Sultanah Bahiyah untuk menyampaikan sedikit sumbangan.

Oleh itu, sumbangan ikhlas amatlah dialu-alukan bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu beliau, Puan Norhaswaniza binti Hanafi.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun peribadi Puan Norhaswaniza Binti Hanafi :
No. Akaun 1520 9585 3463 (Maybank)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak pejabat RELA Daerah Kota Setar di talian 04-7345503.

Comments