MAHSURI MEDICAL CENTRE


Alhamdulilah sudah masuk tahun keenam, saya berkhidmat di Mahsuri Medical Centre. Untuk pengetahuan semua, pusat perubatan swasta ini adalah milik Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad, yang merupakan antara koperasi di negara ini yang terlibat dalam bidang kesihatan terutamanya dalam perkhidmatan hospital swasta. Saya menyambut baik perancangan pihak koperasi untuk mengembangkan perkhidmatan melalui pembinaan bangunan baharu dan mempelbagaikan perkhidmatan disiplin perubatan yang disediakan. Semoga Mahsuri Medical Centre terus maju demi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayahnya.

Comments