PELANCARAN OP SELAMAT 14/2019 OLEH KETUA POLIS KEDAH

Majlis Pelancaran Op Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina 2019 oleh YDH CP Dato’ Abd Rahim bin Jaafar, Ketua Polis Kedah telah diadakan pada 30 Januari 2019 bertempat di Aman Central, Alor Setar. Misi utama program kesedaran ini adalah bagi melancarkan pergerakan lalulintas dan menurunkan kadar kemalangan maut dan kemalangan biasa serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah ke tahap paling minima semasa musim perayaan.  Kami sebagai wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah dari setiap daerah hadir bagi memberi sokongan kepada usaha murni PDRM ini.
                                     














Comments