PROGRAM BERSAMA YB DATO' SERI AHMAD MASLAN

Program Bersama Pemimpin, YB Dato’ Seri Ahmad bin Maslan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno merangkap Ahli Parlimen Pontian bersama ahli-ahli Umno dari Bahagian Kuala Kedah, Alor Setar, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu berlangsung pada 4 Januari 2019. Beliau adalah contoh seorang pemimpin politik yang sangat konsisten dan berprinsip. Beliau berani dan istiqamah dengan prinsip beliau walaupun pelbagai tohmahan dan troll yang beliau terima akibat pelaksanaan GST dahulunya. Hari ini, rakyat boleh lihat sendiri kesan SST dan kenaikan harga barang yang berlaku akibat kegagalan dasar regim PH. 

Saya mengenali beliau secara rapat kerana pernah bersama beliau selama 2 penggal sebagai AJK ketika beliau menjadi Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara. Kepetahan beliau berucap dan berhujah secara berfakta terutamanya di Parlimen wajar menjadi sumber inspirasi ahli-ahli politik muda.

                                               








Comments