CERAMAH BELIA DAN DADAH DI ASRAMA AKHLAK POKOK SENA

Program peningkatan sahsiah diri anjuran RELA Daerah Kota Setar telah diadakan di Asrama Akhlak Lelaki Pokok Sena pada 28 Februari 2019. Saya telah dijemput menyampaikan ceramah ‘Belia dan Dadah’ kepada penghuni-penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena ini. Kebanyakan mereka terlibat dengan jenayah berkaitan dadah dan semuanya berumur lingkungan 13-18 tahun. 

Mereka terjebak atas pelbagai faktor sama ada pengaruh rakan sebaya, kepincangan keluarga dan masalah persekitaran masyarakat yang toksik. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membimbing mereka semula dan memberi peluang kedua. Semoga keberadaan mereka di institusi ini akan membawa mereka kembali ke jalan yang lurus. Insha Allah.
                                       






Comments