CERAMAH SEMASA BERSAMA PAS KAWASAN KUALA KEDAH

Program ceramah isu semasa kerjasama antara Umno Bahagian Kuala Kedah dan Pas Kawasan Kuala Kedah yang bertajuk ‘Islam dan Melayu mula dicabar’ telah berlangsung pada 15 Februari 2019 di Sungai Baru Gunong, Anak Bukit. Ustaz Haji Omar Saad, YDP Pas Kawasan Kuala Kedah dan saya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah turut hadir dan berucap.

Selain Ustaz Haji Omar Saad yang juga calon Pas DUN Kubang Rotan PRU14, turut hadir adalah Ustaz Hamdi Ishak, calon Pas DUN Anak Bukit PRU14 dan Ustaz Ridzuan Othman, calon Pas Parlimen Kuala Kedah PRU14. Penceramah jemputan adalah Tuan Noran Zamini Jamaludin, Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena dan YB Ustaz Fadzli Hashim, ADUN Pantai Merdeka.

Insha Allah kerjasama ini akan diteruskan demi perpaduan ummah dan kerjasama politik Melayu Islam di Kuala Kedah.
                                                         








Comments