MESYUARAT BPUNK BIL 1/2019

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah (BPUNK) Bil 1/2019 dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pengerusi BPUNK telah berlangsung di Hotel Seaview, Pulau Langkawi pada 2 Februari 2019. Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri sebagai mewakili Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

Perkara utama yang menjadi topik perbincangan adalah kerjasama taawun antara Umno dan Pas Negeri Kedah. Respon positif diperoleh dari setiap bahagian berhubung perkara ini dan banyak bahagian yang telah memulakan inisiatif penyatuan ummah ini. Insha Allah, usaha ini akan direalisasikan dengan lebih tersusun di peringkat ahli-ahli akar umbi kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini.






Comments