PERJUMPAAN BERSAMA BOSSKU

Majlis ramah mesra dan perjumpaan khas Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah bersama YB Dato’ Seri Najib bin Tun Razak, mantan Presiden Umno telah diadakan pada 2 Februari 2019 bertempat di Hotel Seaview, Pulau Langkawi. Satu perjumpaan yang sungguh bermakna bagi meniup semangat jawatankuasa Umno Negeri dan sayap-sayap selepas suntikan momentum kemenangan Barisan Nasional di PRK Cameron Highlands minggu lepas. 

Gambar beliau bersarapan menerima lebih 100 ribu likes, video facebook live beliau melawat pasar malam pun mendapat lebih 450 ribu views. Mustahil jika tiada yang goyang dengan fenomena #maluapabossku ini. Beliau ditroll sepanjang 9 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tetapi masih tenang, dan beliau hanya memerlukan masa 9 bulan untuk dinobatkan sebagai Raja Troll yang berjaya membuatkan kerajaan PH seperti cacing kepanasan.

Tolong jangan repot polis, kami cuma makan-makan dan sembang santai sahaja.
                                    










Comments