ZIARAH ANGGOTA RELA SAKIT JANTUNG

Pada 16 Februari 2019, telah diadakan satu program ziarah En Ahmad Radzi Awang, anggota RELA Daerah Kota Setar yang baharu discaj dari Hospital Sultanah Bahiyah kerana serangan jantung. Sekarang beliau dalam keadaan uzur kerana mengalami simptom lemah jantung. Pengalaman beliau berada 15 hari di wad CCU cukup menginsafkan sehingga membuatkan beliau rela mengucapkan selamat tinggal kepada rokok. Saya bersama Puan Pegawai RELA Daerah menziarahi beliau untuk bertanya khabar sambil menyampaikan sumbangan kerusi roda.
                                





Comments