KISAH WANITA DAN DADAH

Ini adalah kisah dua orang wanita yang saya temui pada 15 Mac 2019. Seorang berumur 27 tahun mempunyai 4 orang anak dari umur 5 bulan hingga 8 tahun, terpengaruh mengambil syabu daripada kakaknya. Seorang lagi berumur 35 tahun, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berumur 14 tahun, terpengaruh mengambil syabu melalui adiknya sejak 5 tahun lalu. Faktor pengaruh persekitaran keluarga yang tidak sihat menjadi punca mereka menagih dadah. Saya membuat perakuan untuk menghantar mereka menjalani rawatan pemulihan di Pusat Cure&Care AADK di Bachok. Anak-anak mereka akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. Sejak akhir-akhir ini, makin ramai golongan wanita yang berkeluarga terlibat dengan dadah. 

Pada malam sebelum itu, AADK Kota Setar telah menjalankan operasi penguatkuasaan yang menahan lebih 20 orang pengguna dadah di sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah. Tahniah AADK kerana terus berusaha menyelamatkan anak bangsa daripada bahana dadah.


Comments