MUSYAWARAH UMNO DAN PAS PARLIMEN KUALA KEDAH

Tanggal 20 Mac 2019 merupakan tarikh bersejarah dalam senario politik Parlimen Kuala Kedah apabila buat pertama kalinya telah berlangsung musyawarah penyatuan ummah antara Umno Bahagian Kuala Kedah dan Pas Kawasan Kuala Kedah di Pejabat Umno Negeri Kedah, Alor Setar. Kepimpinan Umno Bahagian yang diketuai oleh Ketua Bahagian, YBhg Dato’ Hashim bin Jahaya dan kepimpinan Pas Kawasan yang diketuai oleh YBhg Ustaz Haji Omar bin Saad, telah bersetuju untuk mengadakan taawun (kerjasama) demi kepentingan umat Islam di Kuala Kedah. Satu jawatankuasa kerja bersama akan ditubuhkan bagi menyelaras program dan gerak kerja kedua-dua parti sehingga PRU15. 

Keikhlasan berjuang dan kerja kuat dalam menghadapi cabaran mendatang akan menjadi azimat bersama. Matlamat kami sama iaitu mahu meletakkan Melayu Islam kembali memimpin di Putrajaya dengan memastikan satu kerusi disumbang dari Kuala Kedah.


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu karena nikmat Allah, menjadilah kamu orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. 
Surah Ali Imrân :103










Comments