KEDAH SPECTRUM RUN 2019

Program Kedah Spectrum Run 2019 sempena Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019 Peringkat Negeri Kedah telah dirasmikan pelepasan oleh YBhg Dato’ Dr Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah pada 27 April 2019 bertempat di pekarangan Hospital Alor Setar. Program yang julung-julung kali diadakan ini menerima lebih seribu penyertaan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah. Antara aktiviti lain yang diadakan adalah jualan amal, kempen derma darah, pameran seni kanak-kanak autisme, pameran berkaitan penyakit mental dan snoozeland. Program ini adalah kerjasama terbaik antara Jabatan Psikiatri, Lembaga Pelawat Psikiatri, Persatuan Kesihatan Mental Negeri Kedah dan Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dan NGO Kibar MY.

Alhamdulilah usaha bersama selama lebih 3 bulan membuahkan hasil. Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang anak-anak spektrum autisme dan menghargai keistimewaan mereka. Mereka semua adalah anak anugerah Tuhan.

                                    

                                         






















Comments