ULANGTAHUN PERTAMA PUSAT DIALISIS AL-HAYAT

Pada 30 Mac 2019, bertempat di Darulaman Golf and Country Club, Jitra, bersempena genap setahun Pusat Dialisis Al-Hayat beroperasi, pihak pentadbiran telah mengadakan majlis sambutan ulangtahun dan penghargaan untuk meraikan staf-staf yang sangat komited sehingga meletakkan pusat dialisis yang lokasinya di Tunjang ini, mencapai pada tahap yang membanggakan. Sebagai doktor yang bertanggungjawab dalam pengurusan klinikal para pesakit, saya sangat berpuas hati dengan prestasi pusat dialisis ini setakat ini, setelah sama-sama terlibat selama 4 tahun lebih untuk menubuhkannya. 
Semoga pusat dialisis ini terus maju demi memberi perkhidmatan dialisis yang terbaik kepada pesakit-pesakit dialisisnya. Alhamdulilah.

















Comments