MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADAN 1440H

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1440H anjuran Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) telah diadakan pada 24 Mei 2019 bersamaan 19 Ramadan 1440H di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Program ini yang sudah masuk tahun ke-8 penganjuran, diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah yang mengumpulkan anak-anak yatim dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Kedah untuk diraikan dalam majlis berbuka puasa. Selain itu, pertunjukan silap mata dan penyampaian duit raya turut diadakan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan menjayakan program mulia sempena bulan Ramadan kali ini.

                                     

                                     
































Comments