MAJLIS TAHLIL PERDANA PAS CAWANGAN ALOR IBUS

Majlis Tahlil Perdana sempena menyambut kedatangan Ramadan dirasmikan oleh YBhg Dr Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi, YDP Pas Kawasan Kuala Kedah merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, telah berlangsung pada 1 Mei 2019. Program anjuran Pas Cawangan Alor Ibus ini juga dihadiri oleh ketua-ketua Umno cawangan yang berdekatan. Penganjur turut menjemput saya untuk memberi ucapan bagi pihak Umno Bahagian Kuala Kedah. Program diakhiri dengan ucapan selawat beramai-ramai. Alhamdulilah, satu lagi program akar umbi yang merapatkan ukhwah dan melambangkan kesepakatan ummah di Kuala Kedah.
                                      










Comments