PROGRAM IHYA' RAMADAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Program Ihya' Ramadan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Peringkat Negeri Kedah telah diadakan dengan Kuala Kedah sebagai tuan rumah pada 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadan 1440H.

Bermula dengan menziarahi pusara Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Tanah Perkuburan Masjid Tebengau dan selepas itu singgah menziarahi ayahnya di rumah Allahyarham di Kg Kuala Tebengau.

Program diteruskan dengan ziarah kasih ke rumah-rumah penduduk yang miskin dan uzur di Perumahan Awam, Kuala Kedah. Antara yang dilawati adalah pesakit strok, diabetes dan warga emas. Kemudian Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Tahlil, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah, halaqah ilmu dan Tazkirah Ramadan bersama penduduk-penduduk setempat berlangsung di Surau Perumahan Awam, Kuala Kedah. Majlis sambutan hari lahir ringkas turut diadakan buat Datuk Dr Asyraf Wajdi yang telah menyambut hari lahirnya sehari sebelum.

Terima kasih Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Exco-exconya kerana sudi bertandang ke Kuala Kedah. Ini adalah satu program akar umbi yang sederhana tapi sangat berkesan pendekatannya. Tahniah juga kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah dan jawatankuasanya yang berjaya mengatur program dengan begitu lancar.

                                               




























Comments