PROGRAM TAZKIAH CAHAYA RAMADAN 1440H

Program Tazkiah Cahaya Ramadan untuk OKP-OKP (Orang Kena Pengawasan) Daerah Kota Setar telah diadakan pada 16 Mei 2019 bersamaan 11 Ramadan 1440H anjuran AADK Kota Setar dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Fathul Ariffin, Jabi dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar. Program berjaya mengumpulkan lebih 200 OKP termasuk keluarga mereka bagi mengikuti pengisian kerohanian sebagai sebahagian daripada program pemulihan dalam komuniti. 

Saya mewakili pihak JKPD turut menyampaikan cenderahati kepada OKP yang menunjukkan prestasi terbaik dari segi kepulihan dan sahsiah, serta kepada keluarga yang memberi sokongan sosial yang paling baik kepada anak OKP mereka. Program berakhir dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Satu kerjasama bersama jawatankuasa masjid yang baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.






Comments