SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA ANAK YATIM

Ketika program majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Grand Alora, telah diadakan juga kejutan sambutan hari lahir saya yang kebetulan jatuh pada hari yang sama iaitu 24 Mei 2019. Walaupun saya tak terkejut sangat kerana kek birthday gagal disembunyikan dengan baik, saya tetap menghargainya. Terima kasih diucapkan kepada isteri tersayang dan sahabat-sahabat yang sudi meraikan hari lahir saya serta kepada semua yang menyampaikan ucapan selamat dan doa kepada saya. Lebih indah lagi kenangan sambutan hari lahir tahun ini apabila dapat diraikan bersama anak-anak yatim yang ceria.













Comments