ZIARAH KASIH RAMADAN - ALOR SETAR

Ziarah Kasih Ramadan Siri 1 di sekitar Alor Setar diadakan pada 28 Mei 2019 merangkumi lokaliti Alor Madi, Mergong, Alor Mengkudu dan Kebun Pinang. Program ini bertujuan meninjau kehidupan Orang Kena Pengawasan (OKP) selepas mereka keluar dari pusat pemulihan sambil menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian untuk kegunaan keluarga mereka. Kebanyakan mereka yang dilawati merupakan belia yang berumur bawah 30 tahun. Syukur alhamdulilah, keluarga mereka memainkan peranan yang besar dalam proses kepulihan mereka. 

Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Kota Setar, AADK Kota Setar dan MCPF Kota Setar. Turut bersama Ketua Pegawai AADK Daerah dan Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Kota Setar.












Comments