JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN KUALA KEDAH

Alhamdulilah dalam kesibukan berprogram pada 29 Jun 2019, saya berkesempatan juga menghadiri Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Kedah yang berlangsung di Markas Pas Kubang Rotan. Kehadiran saya adalah demi meraikan gerakan penyatuan ummah yang telah bermula dan insha Allah akan terus subur. Terima kasih kepada YDP PAS Kawasan Kuala Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah dan ahli-ahli jawatankuasa beliau yang memberi layanan mesra kepada kami kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah yang hadir. Tahniah juga diucapkan kerana saya dimaklumkan jamuan ini telah berjaya dimeriahkan oleh kehadiran lebih 5 ribu orang pengunjung.



Comments