KULIAH MAGHRIB 'PERANGI DADAH HABIS-HABISAN'

Tanggungjawab pertama sebagai aktivis MCPF telah saya laksanakan dengan menyampaikan kuliah maghrib bertajuk ‘Perangi Dadah Habis-habisan’ di Masjid Kepala Batas pada 29 Jun 2019. Melalui slot ini, saya berkongsi berkenaan sains perubatan ketagihan dan betapa pentingnya peranan masyarakat dalam pembanterasan dadah. Kunci kejayaan adalah pemerkasaan komuniti. Semoga sedikit pengisian ilmu dan pengalaman saya dapat memberi manfaat kepada para jemaah.

                                      





Comments