LAWATAN KUARTERS BALAI POLIS KUALA KEDAH

Pada pagi 29 Jun 2019, saya bersama Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan YDH CP Dato’ Zainuddin bin Yaacob, Ketua Polis Kedah, meninjau keadaan kuarters Balai Polis Kuala Kedah yang sudah usang dan kebanyakannya tidak dapat didiami lagi. Tambahan pula, setiap kali hujan lebat, seluruh kawasan balai polis ini dan perkarangan kuartersnya akan dinaiki air. 

Kuarters ini dibina pada tahun 1969, dan selepas 50 tahun, sudah sampai masanya dibina kuarters yang baharu demi keselesaan anggota-anggota polis yang berkhidmat di Kuala Kedah. YBhg Tan Sri berjanji akan membawa isu kuarters ini ke peringkat pengurusan tertinggi PDRM melalui platform MCPF dan akan mencadangkan langkah terbaik iaitu dengan pembinaan kuarters baharu. Penyerahan kertas kerja laporan berkenaan kuarters ini telah diserahkan oleh SI Nicholas a/l Sinappan, Ketua Balai Polis Kuala Kedah, kepada YBhg Tan Sri Lee Lam Thye dan turut disaksikan oleh YDH ACP Tuan Mohd Rozi bin Jidin, Ketua Polis Daerah Kota Setar. 

Saya sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar menyokong penuh cadangan pembinaan kuarters Balai Polis Kuala Kedah yang baharu.

                                     









                                      












Comments