MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN MCPF KEDAH

Satu amanah baharu telah saya terima pada 29 Jun 2019 iaitu sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dan Ahli Jawatankuasa MCPF Negeri Kedah. Sijil perlantikan disampaikan oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan MCPF Kebangsaan. Turut hadir YDH CP Dato’ Zainuddin bin Yaacob, Ketua Polis Kedah merangkap Pengerusi MCPF Negeri Kedah. Ketua-ketua polis daerah juga telah dilantik sebagai penasihat MCPF di daerah masing-masing, manakala ketua-ketua jabatan seperti Pengarah Kesihatan, AADK, Jabatan Penjara dan Jabatan Pendidikan Negeri telah dilantik sebagai ex officio MCPF Negeri Kedah bagi memudahkan kerjasama penganjuran program-program pencegahan jenayah. Program ini diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Setar.

Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu saya laksanakan. Bagi saya MCPF ini ibarat NGO ‘PIBG’ kepada PDRM dan sudah tentu banyak perkara serta isu perlu dirancang dan diberi perhatian. Insha Allah dengan kerjasama semua pihak, kita akan gerakkan usaha pembanterasan jenayah ini bersama-sama.

                                      










Comments