MESYUARAT PENYELARASAN AADK KOTA SETAR

Mesyuarat penyelarasan bersama pegawai-pegawai AADK Kota Setar telah diadakan pada 18 Jun 2019 membincangkan program-program anti dadah yang akan dilaksanakan sehingga akhir tahun ini. Program yang akan dianjurkan adalah di bawah inisiatif ikon AADK, program pelencongan sosial dan jawatankuasa pemulihan dadah daerah. Program-program adalah berkonsepkan pencegahan dan kekeluargaan untuk masyarakat awam dan belia serta rawatan dan pemulihan dalam komuniti untuk Orang Kena Pengawasan (OKP).



Comments