MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2019

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Kuala Kedah 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2019. Mesyuarat ini turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Kedah dan jawatankuasanya sebagai simbolik penyatuan ummah yang sedang berlaku di Parlimen Kuala Kedah. 

Ini merupakan kali pertama saya menghadirinya sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan seperti tahun-tahun sebelum ini, semangat para perwakilan wanita cawangan tidak pernah luntur. Malah pada tahun ini, saya lihat semangat mereka semakin hebat dan mengagumkan walaupun dalam suasana politik semasa yang Umno sudah kehilangan kuasa. Mereka benar-benar telah meminjamkan semangat mereka kepada saya, untuk terus berjuang. 

Mereka adalah ibarat ibu-ibu dan kakak-kakak yang tidak pernah berputus asa berjuang demi masa hadapan yang lebih baik untuk keluarga parti Umno dan orang Melayu. Kesetiaan dan perpaduan mereka harus menjadi contoh tauladan. Inilah adalah disiplin yang unik dan sukar ditemui dalam sesebuah parti politik, iaitu kualiti yang telah diwarisi sejak penubuhan sayap kaum Ibu lagi. Apa yang saya mampu ucapkan hanyalah TERIMA KASIH kepada tulang belakang parti terbesar orang Melayu Islam ini.











Comments