CERAMAH ANTI DADAH KEPADA GURU KAUNSELOR KOTA SETAR

Pada 18 Julai 2019, saya telah dijemput menyampaikan ceramah ‘Perangi Dadah Habis-habisan’ bertempat di Dewan Permata Minda, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

Antara objektif ceramah saya adalah :
1- memberi kesedaran kepada guru-guru kaunselor tentang bahaya dadah kepada masyarakat dan peranan yang boleh mereka mainkan
2- menerangkan gejala-gejala ketagihan dadah dari sudut sains perubatan ketagihan
3- memberi kefahaman tentang situasi penagihan dadah di negeri Kedah
4- sebagai langkah pemerkasaan komuniti agar aktiviti pencegahan dadah dapat dilaksanakan

Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar ini melibatkan 150 orang guru-guru kaunselor sekolah-sekolah dalam daerah Kota Setar. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat.








Comments