KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS KEDAH

Pada 10 Julai 2019, satu kunjungan hormat ke atas YDH CP Dato’ Zainuddin bin Yaacob, Ketua Polis Negeri Kedah telah diadakan bersama Setiausaha dan Bendahari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah. Kami memberi taklimat perancangan program MCPF Kedah yang akan datang. YDH Dato’ yang juga sebagai Pengerusi MCPF Kedah turut berbincang dengan kami berkenaan kaedah-kaedah untuk memantapkan lagi pengurusan MCPF Kedah. 

Selepas itu, kami singgah di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Kedah untuk berbincang dengan Tuan DSP Roslan Masjin bagi menyelaras program-program MCPF Kedah bersama PDRM selepas ini.



Comments