KURSUS BOMBA KOMUNITI KUALA KEDAH

Pada 6 Julai 2019, saya telah menyertai kursus bomba komuniti anjuran Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Raja, Alor Setar bertempat di Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah. Ini merupakan satu inisiatif untuk penubuhan pasukan bomba komuniti di Pekan Kuala Kedah. 

Saya sebagai Pengurus Bomba Komuniti Pekan Kuala Kedah mengucapkan terima kasih kepada Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Tuan Mohamad Firdaus bin Isa, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Raja, Alor Setar dan anggota-anggotanya yang sudi berkongsi ilmu dengan kami peserta-peserta dari Pekan Kuala Kedah dan Alor Ibus. Antara yang kami pelajari adalah ilmu berkenaan sains kebakaran, cara penggunaan peralatan pemadam api dan teknik menyelamatkan mangsa keluar dari tempat insiden.

Lebih banyak program berkaitan pencegahan kebakaran dan keselamatan komuniti akan diadakan untuk masyarakat di Kuala Kedah selepas ini. 

                                           









Comments