MESYUARAT JAWATANKUASA MCPF KEDAH BIL 1/2019

Pada 28 Julai 2019, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah dipengerusikan oleh YDH DCP Dato' Hashim Bin Ali, Timbalan Pengerusi MCPF Kedah , mewakili YDH Dato’ Ketua Polis Kedah merangkap Pengerusi MCPF Kedah.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membentangkan program dan perancangan aktiviti bersama MCPF/PDRM oleh Pengerusi Daerah MCPF Kedah bagi tempoh Julai hingga Disember 2019 serta taklimat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, YDH SAC Dr. Zainal Abidin Bin Sabtu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah, yang juga sebagai Naib Pengerusi MCPF Kedah.

Saya membentangkan perancangan program-program yang akan dilaksanakan oleh MCPF Kota Setar sehingga akhir tahun 2019. Alhamdulilah semua konsep program mendapat respon yang baik dan diluluskan oleh sidang mesyuarat.

                                    










Comments