MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2019

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2019 buat julung-julung kalinya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO pada 27 Julai 2019 di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa UMNO akan terus istiqamah dengan agenda penyatuan ummah bersama PAS yang akan direalisasikan melalui Piagam Muafakat Nasional pada bulan September nanti. Beliau mengucapkan tahniah kerana kepimpinan UMNO Kuala Kedah di akar umbi masih kukuh dengan kehadiran lebih 600 orang perwakilan cawangan. Turut hadir adalah Ustaz Ahmad bin Abdul Rahman, Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Kuala Kedah.

Beliau yakin UMNO dan Barisan Nasional bersama PAS bukan sahaja akan memenangi semula semua kerusi dalam Parlimen Kuala Kedah malah akan berjaya membentuk semula kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Insha Allah. 

Ini merupakan mesyuarat perwakilan bahagian yang pertama yang saya hadiri selaku Timbalan Ketua Bahagian. Saya sempat menyatakan kepada Dato’ Seri Presiden bahawa perhimpunan agung UMNO 1997 merupakan pertama kali yang saya hadiri sebagai perwakilan Kelab UMNO dan mengadakan pertemuan dengan beliau yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Tempoh 22 tahun ini boleh diibaratkan seperti sebuah roller coaster politik yang mencabar.

                                      






















Comments